Zuraida sertai Muafakat Nasional
KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa, hari ini mengumumkan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Perkara itu dimaklumkan Annuar menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Terdahulu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Zuraida kerana berkunjung ke pejabatnya.
“Terima Kasih juga kerana menyertai Muafakat Nasional,” katanya.
Sebelum ini, Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional berkata, beliau menerima 10,000 permohonan ahli dalam tempoh beberapa jam keahlian dibuka.
Beliau yang juga pengasas pertubuhan itu berkata, permohonan menyertai NGO berkenaan mula dibuka kepada orang ramai menerusi laman muafakatnasional.org.my.
Muafakat Nasional adalah nama sama merujuk kepada kerjasama antara UMNO dan PAS yang dibentuk pada 2019 iaitu setahun selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan pada Raya Umum ke-14 (PRU14).
Minggu lalu, Annuar dipecat UMNO susulan kritikan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selain didakwa membantu kempen parti musuh pada PRU15.
Sponsored by Egroup88