Zoo Taiping nafi gagal kendali SOP pengunjung

TAIPING: Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) menafikan berlaku kegagalan pihak pengurusannya memastikan pematuhan proesedur operasi standard (SOP) berkaitan kemasukan pengunjung ke premis itu yang didakwa tidak dihadkan sehingga berlaku ketiadaan penjarakan fizikal.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamed Zubir, berkata anggaran jumlah pengunjung yang dibenarkan memasuki zoo berkenaan dalam sesuatu masa adalah 50 peratus iaitu 3,750 berbanding 7,500 jumlah sebenar, selepas mengambil kira penjarakan fizikal.

Katanya, dianggarkan jumlah maksimum adalah sebanyak 1,250 pengunjung dibenarkan memasuki kawasan dalam ZTNS dalam tempoh satu jam.

“Kaunter ZTNS akan menghentikan seketika penjualan tiket jika dalam tempoh sejam didapati bilangan pengunjung mencapai jumlah 1,250 pengunjung.

“Ia berikutan purata masa bagi setiap pengunjung melawat dalam kawasan zoo sekitar dua dua hingga tiga jam. Ini akan membenarkan pergerakan pengunjung dari pintu masuk sehingga pintu keluar secara berterusan, membabitkan perjalanan sejauh 2.5 kilometer dalam tempoh itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas laporan media yang mendakwa pihak pengurusan zoo itu tidak mengendahkan arahan pematuhan SOP ditetapkan kerajaan termasuk membiarkan pengunjung masuk beramai-ramai dan bersesak di dalamnya.

Khairul Amir berkata lagi, pihaknya bagaimanapun akan meneliti semula penambahbaikan yang dapat dilaksanakan di beberapa lokasi utama dalam zoo itu.

“Ia seperti tempat menunggu tram, kaunter saringan dan kaunter tiket pada waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan pengunjung. Malah, MPT sudah menambah bilangan anggota penguatkuasa dalam membantu pengawalan SOP.

“Kita turut memohon kepada pengunjung sendiri bagi mematuhi pematuhan penjarakan sosial semasa berada di ZTNS,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.