West Ham kejutkan Chelsea
LONDON: Chelsea kalah mengejut 3-2 di tangan West Ham apabila jaringan lewat Arthur Masuaku menyaksikan kejatuhan pendahulu Liga Perdana itu pada babak kedua dalam saingan dramatik dekat London sebentar tadi.
Skuad kendalian Thomas Tuchel mendahului menerusi Thiago Silva namun penalti Manuel Lanzini menyamakan kedudukan buat West Ham.
Mason Mount mengembalikan kelebihan Chelsea sebelum tamat babak pertama sebelum Jarrod Bowen kembali menyamakan kedudukan buat West Ham tidak lama selepas bermula babak kedua.
Chelsea mendominasi untuk tempoh yang lama tetapi melakukan terlalu banyak kesilapan dan terpaksa membayar harga yang mahal berbaki tiga minit saingan apabila hantaran lintang lintang Masuaku mengatasi penjaga gol, Edouard Mendy.
Ia adalah kekalahan pertama Blues dalam 13 perlawanan terakhir membabitkan semua kejohanan dan kedudukan mereka di persada Liga Perdana mungkin akan berakhir esok.
Mereka hanya satu mata di depan pasukan tangga kedua, Manchester City yang akan berkunjung ke Watford manakala pasukan tangga ketiga, Liverpool boleh mengatasi Chelsea jika menang di Wolves.