Uruguay kesan dua subvarian baharu Omicron

MONTEVIDEO: Uruguay merekodkan kemunculan dua subvarian baharu Omicron di negara itu, ketika gelombang kes COVID-19 mula menyaksikan lonjakan semula.

Perkara itu disahkan pihak Kementerian Kesihatan Awam Uruguay apabila pakar menemui dua subvarian terbabit iaitu XBB.1 dan DL.1, baru-baru ini.

“Bahagian Epidemiologi Jabatan Makmal Kesihatan Awam baru-baru ini mengesan kehadiran frekuensi rendah dua subvarian Omicron baharu itu,” katanya melalui kenyataan, di sini.

Menurut kementerian itu, Omicron terus dikesan menjadi varian utama di seluruh dunia dengan virus terbabit berubah dari masa ke semasa, termasuk SARS-CoV-2, yang menyebabkan COVID-19.

Sehubungan itu, kementerian terbabit menasihati orang ramai untuk terus mengamalkan pencegahan dan mendapatkan vaksin.

Semalam, Menteri Kesihatan Awam, Daniel Salinas melalui media sosialnya, turut mengesahkan kehadiran dua subvarian baharu.

Ia adalah varian Omicron yang dikhuatiri berisiko menjadi sebahagian daripada punca peningkatan kes semasa.

Pada Isnin lalu, kementerian itu memaklumkan sebanyak 8,216 kes baharu COVID-19 direkodkan di Uruguay pada minggu antara 18 hingga 24 Disember lalu, meningkat sebanyak 66 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Sebanyak 10 kematian turut dilaporkan berlaku di Uruguay akibat COVID-19 sepanjang minggu lalu. 

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.