Tular warga China dapat kad pengenalan kes 2019, mereka yang terbabit sudah kena tindakan

KUALA LUMPUR: Isu tular mengenai seorang warga China yang memperolehi kad pengenalan Malaysia adalah kes pada 2019.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya mendapati gambar berkenaan beredar secara meluar termasuk dalam kumpulan WhatsApp.

“Luas sekali berlegar dalam grup (kumpulan) WhatsApp isu warga China dapat MyKad.

“Seperti biasa serangan ditala (dituju) kepada Kerajaan Madani tanpa rasa bersalah untuk menyemak maklumat.

“Asal dapat main (timbulkan) sentimen perkauman dan dapat keuntungan politik mereka puas hati,” katanya dalam satu hantaran di Facebook lewat petang tadi.

Beliau berkata ketika kejadian itu, negara bukan ditadbir oleh Kerajaan Madani sebaliknya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu.

“Saya pun yakin beliau (Muhyiddin) tak terlibat dalam isu berkenaan.

“Pegawai Jabatan Pendaftaran yang terbabit pun dah ditangkap, disiasat dan kini sedang dibicarakan,” katanya.

Saifuddin berkata pemegang MyKad yang terbabit juga telah pun diusir kembali ke negara asal mereka.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.