Tradisi bertuntung tetap ‘menyala’ di Sarawak

KUCHING – Tradisi Bertuntung atau menghias rumah menggunakan lampu pelita minyak tanah menjelang sambutan Aidilfitri masih terus diamalkan komuniti masyarakat Melayu di Sarawak sehingga hari ini.

Tinjauan Bernama di Kampung Nombor di sini, mendapati lampu pelita masih menjadi pilihan dengan hampir kesemua rumah di kawasan itu memilih untuk menampilkan kombinasi kedua-dua lampu pelita serta elektrik.

Zulaikha bergambar di depan rumahnya bersama wakil dari KJM Kampung Nombor Tiga dan Empat pada Program Pertandingan Bertuntung. Foto Bernama
Pengerusi Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) Kampung Nombor Tiga dan Empat Sahari Bordi, 53, berkata pada tahun ini sebanyak 17 rumah menyertai pertandingan Bertuntung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.
Beliau berkata pertandingan ini merupakan hasil kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang turut menyediakan hadiah bernilai RM300 hingga RM500 untuk para pemenang.
Lampu pelita masih menjadi pilihan dengan hampir kesemua rumah di kawasan itu memilih untuk menampilkan kombinasi kedua-dua lampu pelita serta elektrik.
Tradisi bertuntung atau menghias rumah menggunakan lampu pelita minyak tanah menjelang sambutan Aidilfitri masih terus diamalkan komuniti masyarakat Melayu di Sarawak sehingga hari ini.
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Zulaikha bergambar di depan rumahnya bersama wakil dari KJM Kampung Nombor Tiga dan Empat pada Program Pertandingan Bertuntung. Foto Bernama Pengerusi Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) Kampung Nombor Tiga dan Empat Sahari Bordi, 53, berkata pada tahun ini sebanyak 17 rumah menyertai pertandingan Bertuntung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok. Beliau berkata pertandingan ini merupakan hasil kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang turut menyediakan hadiah bernilai RM300 hingga RM500 untuk para pemenang. Lampu pelita masih menjadi pilihan dengan hampir kesemua rumah di kawasan itu memilih untuk menampilkan kombinasi kedua-dua lampu pelita serta elektrik. Tradisi bertuntung atau menghias rumah menggunakan lampu pelita minyak tanah menjelang sambutan Aidilfitri masih terus diamalkan komuniti masyarakat Melayu di Sarawak sehingga hari ini. 

Malah lebih menarik, terdapat juga rumah yang turut menampilkan pelbagai struktur seperti pintu gerbang yang dilengkapi lampu di pintu masuk kediaman mereka.

Bagi Zulaikha Ramzi, 35, walaupun berdepan arus pemodenan yang menawarkan pelbagai pilihan lampu elektrik yang lebih menarik dan berwarna-warni, lampu pelita tetap mempunyai keunikan tersendiri.

Katanya, beliau membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk membeli pelbagai lampu termasuk pelita untuk menghias rumah milik keluarganya yang turut menampilkan sebuah pondok foto.

Seorang remaja menyalakan bunga api menggunakan lampu pelita minyak tanah bagi memeriahkan lagi suasana bagi pertandingan bertuntung. Foto Bernama
Seorang remaja menyalakan bunga api menggunakan lampu pelita minyak tanah bagi memeriahkan lagi suasana bagi pertandingan bertuntung.

 “Ini tradisi keluarga kami sejak dulu lagi dan kita akan pasang lampu ini 10 hari sebelum sambutan Aidilfitri sehingga Raya Haji nanti.

“Walaupun kos elektrik tinggi, sebagai contoh tahun lalu kami bayar kira-kira RM800 untuk bil elektrik berbanding biasanya dalam RM300, namun ini satu tradisi keluarga yang perlu kita teruskan,” katanya ketika ditemui Bernama.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) Kampung Nombor tiga dan empat, Sahari Bordi, 53, berkata pada tahun ini sebanyak 17 rumah menyertai pertandingan Bertuntung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Terdapat rumah yang menampilkan pelbagai struktur seperti pintu gerbang yang dilengkapi lampu. Foto Bernama
Terdapat rumah yang menampilkan pelbagai struktur seperti pintu gerbang yang dilengkapi lampu.

Beliau berkata, pertandingan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu menyediakan hadiah bernilai RM300 hingga RM500 untuk pemenang. 

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.