Tonik Wei Chong-Kai Wun

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun semakin membara dalam usaha memperbaiki ranking dunia mereka sepanjang tahun ini selepas muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India semalam.

Wei Chong berkata, mereka yang ketika ini menduduki ranking ke-65 dunia, meletakkan sasaran untuk menduduki kelompok 30 terbaik dunia.

“Memang kami berharap dapat berada di kedudukan 30 terbaik dunia pada tahun ini dan selepas itu akan cuba memperbaiki prestasi lagi.

“Pada perlawanan semalam, kami sebenarnya tidak terlalu memikirkan sangat mengenai kemenangan atau kekalahan. Kami hanya beraksi dengan kemampuan sendiri dan cuba berikan yang terbaik,” katanya.

Pada aksi final semalam, gandingan negara itu menewaskan wakil tuan rumah, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala 21-18-21-15.

Kejayaan Wei Chong-Kai Wun menyaksikan mereka berjaya menambah koleksi kejuaraan selepas menang di Cabaran Antarabangsa Sepanyol tahun lalu.

Selain Wei Chong-Tee Kai Wun, beregu wanita negara, Anna Ching-Teoh Mei Xing turut muncul juara selepas beraksi cemerlang apabila hanya memerlukan 32 minit untuk menumpaskan satu lagi beregu India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela 21-12, 21-13.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan mereka berjaya melunaskan dendam terhadap Treesa-Gayatri selepas tewas pada perlawanan akhir Cabaran Antarabangsa Wales tahun lalu.

Ia adalah gelaran juara kedua buat beregu muda itu selepas berjaya mengungguli Terbuka Czech Oktober tahun lalu.

Anna Ching-Teoh Mei Xing. - Foto Badminton Association of Malaysia - BAM
Anna Ching-Teoh Mei Xing. – Foto Badminton Association of Malaysia

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.