Tiga pelancong Britain hilang di Laut Merah

KAHERAH: Tiga pelancong Britain dilaporkan hilang selepas sebuah kapal layar terbakar di Laut Merah perairan Mesir, hari ini, kata pihak berkuasa.

Pentadbiran Laut Merah dalam satu kenyataan berkata, terdapat 15 penumpang dengan 10 anak kapal serta dua pemandu pelancong sudah diselamatkan manakala tiga lagi masih hilang.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat ketiga-tiga mangsa itu masih diteruskan.

Sebelum ini terdapat video tular menunjukkan sebuah kapal layar berwarna putih dikenali sebagai Hurricane terbakar dengan terdapat letusan api pada kapal berkenaan.

Laporan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada kerosakan elektrik di bilik enjin, kata seorang pegawai.

Difahamkan bot berkenaan belayar selama enam hari dan dijangka tiba ke destinasi hari ini, namun kebakaran berlaku ketika ia berada 25 kilometer di utara bandar pantai, Marsa Alam.

Laut Merah adalah destinasi pelancongan utama di Mesir dengan kepadatan penduduk sebanyak 105 juta.

Sektor berkenaan mempunyai dua juta pekerja selain menjana lebih 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

Khamis lalu, terdapat laporan seorang pelancong Russia dibunuh oleh ikan jerung ketika berada di Laut Merah.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.