Swiatek mara separuh akhir Terbuka Australia

MELBOURNE: Iga Swiatek bangkit dari ketinggalan satu set untuk mara buat julung kalinya ke separuh akhir perseorangan wanita Terbuka Australia apabila menewaskan pemain veteran, Kaia Kanepi.

Pemain berusia 20 tahun itu menewaskan pemain bukan pilihan dari Estonia, 4-6, 7-6 (7/2), 6-3 dalam aksi selama tiga jam dan satu minit.

Dia bakal bertemu Danielle Collins untuk perebutan tiket ke final selepas pilihan ke-27 itu menumbangkan Alize Cornet 7-5, 6-1.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.