Sultan Nazrin berbuka bersama media dan korporat, terima zakat lebih RM9.26 juta

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berbuka puasa bersama wakil media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat milik kerajaan (GLC) dan belia di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menerima cek zakat perniagaan daripada enam syarikat bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan jumlah keseluruhan lebih RM9.26 juta.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Datin Seri Aezer Zubir; serta Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) yang juga Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit, dan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim.

Sultan Nazrin Shah berkenan mengurniakan zakat perniagaan berjumlah lebih RM9.26 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini ketika berangkat berbuka puasa di Istana Iskandariah malam ini. - BERNAMA
Sultan Nazrin Shah berkenan mengurniakan zakat perniagaan berjumlah lebih RM9.26 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini ketika berangkat berbuka puasa di Istana Iskandariah malam ini.
Pengarang Urusan Datuk Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan) dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (dua dari kanan) ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. - NSTP/L MANIMARAN
Pengarang Urusan Datuk Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan) dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (dua dari kanan) ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Sultan Nazrin turut berkenan menyertai bacaan tahlil sebelum berbuka puasa disusuli solat Maghrib. Baginda kemudian menunaikan solat Isyak dan tarawih berjemaah bersama tetamu di istana berkenaan.

Daripada jumlah RM9.267 juta nilai zakat itu, RM7.472 juta disumbangkan Lembaga Tabung Haji (TH); diikuti Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM947,000); PINS Network Solutions Sdn Bhd (RM300,000);

Turut menyumbang adalah Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad (RM248,000); Koperasi Guru Melayu Kerian dan Selama Berhad (RM100,000); dan Empayar Indera Sdn Bhd (RM200,000).

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.