Sterling sahkan perpindahannya ke Chelsea.

LONDON: Raheem Sterling menulis surat penuh emosi kepada Manchester City menjelang perpindahannya ke Chelsea yang bernilai RM264 juta dan mengakui dia meninggalkan pasukan itu sebagai ‘anak jantan.’

Penyerang itu terbang ke Los Angeles untuk bertemu dengan rakan sepasukan baharunya sebelum pengumuman rasmi dibuat dan dia turut selesai menjalani ujian perubatan.

Difahamkan, Sterling menandatangani kontrak selama lima tahun dan bakal menerima gaji lebih tinggi berbanding RM1.6 juta seminggu yang diterimanya bersama City.

“Untuk barisan kejurulatihan yang memainkan peranan penting terhadap perkembangan saya setiap setahun, buat rakan sepasukan yang lebih sekadar rakan di atas padang, kakitangan pejabat, penyokong yang tidak jemu memberikan sokongan serta mereka yang terbabit dengan Manchester City.

“Rasa hormat saya begitu mendalam dan ini satu perjalanan yang amat hebat.

“Saya bersyukur dengan apa jua yang dilalui dan ia menguji ketabahan serta keazaman saya, membantu saya berdiri di sana dengan versi diri sendiri yang jauh lebih baik.

“Saya tiba di Manchester pada usia 20 tahun. Hari ini, saya meninggalkannya sebagai seorang lelaki.

“Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Satu penghormatan untuk menyarung jersi Manchester City,” tulisnya.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.