Siti Nurhaliza tersentuh lihat solidariti rakyat Malaysia bantu Palestin

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tersentuh dengan solidariti rakyat Malaysia yang tidak henti-henti memberi sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa yang diterajui bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Penyanyi lagu Cindai yang juga Pengasas dan Pengerusi bersama Yayasan Nurjiwa itu tidak dapat menahan sebak ketika menzahirkan terima kasih atas kemurahan hati rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin dari Gaza yang kini berada di Rafah dan sangat memerlukan bantuan terutamanya makanan.

“Ada yang bagi RM5, ada yang bagi RM10 sahaja, tapi sumbangan diterima setiap hari, tak berhenti, itu yang membuatkan saya tersentuh. Saya memang tersentuh sangat bila cakap pasal (rakyat) Gaza yang saya anggap macam keluarga.

“Pada bulan Ramadan tentunya mereka melakukan ibadah puasa dalam keadaan tertekan, kita cuba bantu setakat yang kita mampu,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Kempen Infaq Ramadan oleh Yayasan Nurjiwa di sini hari ini.

Siti Nurhaliza (kiri) bersama suaminya, Khalid Mohamad Jiwa (kanan) pada Pelancaran Kempen Infaq Ramadan Oleh Yayasan Nur Jiwa di Ulu Kelang hari ini. Foto Bernama
Siti Nurhaliza (kiri) bersama suaminya, Khalid Mohamad Jiwa (kanan) pada Pelancaran Kempen Infaq Ramadan Oleh Yayasan Nur Jiwa di Ulu Kelang hari ini. 

Tanpa mendedahkan jumlah kutipan yang tepat, ibu kepada dua anak itu berkata yayasan itu berjaya menyalurkan sumbangan kewangan, makanan, air bersih, pakaian dan pelbagai keperluan lain bernilai antara RM50,000 ke RM100,00 setiap bulan kepada rakyat Palestin sejak 11 Oktober tahun lepas.

“Inisiatif ini walaupun secara kecil-kecilan, tapi kita teruskan usaha ini selagi ada wakil kita di sana yang boleh membantu menyalurkan sumbangan, kita teruskan,” katanya.

Berkongsi lanjut berkenaan kempen Infaq Ramadan, Siti Nurhaliza berharap inisiatif itu akan menjadi ruang bagi mengimarahkan budaya bersedekah pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan termasuk di tanah air sendiri.

“Bersedekah pada bulan Ramadan mempunyai kelebihan dan ganjaran tersendiri, kalau di Makkah, misalnya masyarakat di sana seperti berlumba-lumba mahu mengumpul pahala bersedekah ini, saya harap kita boleh contohi juga di sini,” katanya.

Siti Nurhaliza berkata, antara bantuan yang bakal diberikan adalah kotak makanan yang akan disalurkan golongan susah yang dikenal pasti pihak yayasan itu agar golongan itu turut merasai kemeriahan menyambut Ramadan dan Syawal

Anak Kuala Lipis Pahang itu berkata, selain mengedarkan Al-Quran dan sejadah, yayasan itu turut membantu membaik pulih kerosakan di masjid dan surau selain mengadakan edaran bubur lambuk serta sumbangan baju raya kepada anak-yatim asnaf serta golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan untuk Kempen Infaq Ramadan ini boleh disalurkan ke akaun Yayasan Nurjiwa: Maybank 514486106455 

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.