Senegal berdepan kritikan gara-gara Mane

LONDON: Senegal berdepan kritikan selepas Sadio Mane dibenarkan untuk terus beraksi ketika menentang Cape Verde dalam aksi di Cameroon, sekali pun berdepan masalah kecederaan kepala.

Situasi cemas berlaku pada perlawanan itu apabila penyerang Liverpool berkenaan bertembung dengan penjaga gol Cape Verde, Vozinha pada peringkat 16 terbaik Piala Negara Negara Afrika.

Selepas mendapat rawatan, Mane kembali beraksi sementara Vozinha yang dilayangkan kad merah diusung keluar dari padang untuk dihantar ke hospital.

Keputusan itu jelas menimbulkan kemarahan penyokong yang beranggapan Senegal tidak mengikuti protokol yang ditetapkan di mana Mane seharusnya terus dikeluarkan susulan insiden itu.

Pengguna Twitter, Joe Dixon menciap ‘tidak percaya apabila Mane dibenarkan untuk beraksi selepas pelanggaran itu.’

“Walaupun dia menjaringkan gol dan selepas itu dikeluarkan, dia tampak kesakitan di bahagian kepala. Mengejutkan apabila dia tidak dikeluarkan serta-merta.”

Seorang lagi berkata ‘menjijikkan apabila dia dibenarkan untuk terus berada di padang selepas mengalami gegaran kepala.”

Mane tampak begitu kesakitan selepas insiden itu namun selepas dibenarkan untuk kembali beraksi, dia meledak gol pembukaan Senegal pada minit ke-63.

Pengguna Twitter, Yuri berkata ‘Mane sepatutnya dikeluarkan selepas insiden itu tetapi ini adalah bola sepak Afrika. Semua orang jangkakan pemain begitu keras seperti batu. Pengurusan pemain yang teruk.”

Namun bagi melegakan hati penyokong, Mane berkongsi fotonya bersama Vozinha di hospital.

“Senegal menentang Cape Verde di atas padang dan di hospital. Semuanya baik-baik sahaja, terima kasih atas mesej yang diberikan.”

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.