Selangor belum ‘panas’

KUALA LUMPUR: Selangor FC (SFC) tampak belum lagi ‘panas’ selepas pengendalinya, Tan Cheng Hoe mengakui pasukannya tidak berada pada tahap yang sebenar menjelang aksi pembukaan Liga Super berdepan Kelantan United (KUFC) di laman sendiri, malam esok.

Namun, bekas jurulatih skuad kebangsaan itu percaya barisan pemain berkualiti yang membarisi skuad The Red Giants mampu melakar keputusan yang positif kerana aksi pertama cukup penting bagi mana-mana pasukan.

“Kita belum lagi mencapai satu tahap yang terbaik dan masih lagi dalam peringkat penyediaan pasukan. Dua pemain import pun agak lewat bersama dengan pasukan.

“Jadi kita sedang mencari keserasian dan saya juga agak risau kerana pasukan belum mendapat rentak pasukan corak yang sebenar. Tetapi saya tetap yakin dengan kualiti pemain yang kita.

“Apa yang penting adalah kita meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan dengan musim 2023 yang lebih panjang, pemain perlu sentiasa konsisten untuk mencapai yang terbaik,” katanya.

Mengulas lanjut aksi berdepan skuad ‘The Green Deer’, Cheng Hoe menegaskan kemenangan pada aksi Piala Malaysia musim lalu tidak boleh menjadi sandaran bagi pertembungan kali ini.

“Kita tidak boleh pandang rendah KUFC kerana mereka dibimbing Tomas Trucha yang tahu membuat percaturan seperti ketika dia membawa Penang FC menduduki tangga ketiga Liga Super sebelum ini.

“Dengan gandingan pemain import yang baik serta pemain tempatan berpengalaman, ini bukan satu perlawanan yang mudah,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.