Sektor O&G beri sumbangan besar kepada KDNK
Najib ketika acara Debat Perdana bersama Anwar di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur, malam ini.

KUALA LUMPUR: Sektor minyak dan gas (O&G) amat strategik menyumbang 20 peratus daripada Keluarkan Negara Kasar (KDNK) negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sektor berkenaan juga menampung 60,000 pekerjaan dan memberi peluang perniagaan kepada 4,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Justeru, katanya, langkah menyelamatkan Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) penting kerana syarikat itu milik rakyat dan menjadi firma strategik serta menguntungkan negara jika diselamatkan.

“Sektor ini memiliki nilai yang bukan sedikit tetapi RM383 billion. Jadi, adalah merugikan jika Sapura Energy tidak diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui program Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di sini malam ini.

Terdahulu, ketika sesi mukadimah, beliau mencadangkan supaya transformasi menyeluruh ekonomi negara dibuat dengan berteraskan empat teras utama.

Ia meliputi usaha memperkukuhkan ekonomi, sektor korporat yang mampan dan berdaya saing, kestabilan politik dan mobiliti sosial.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.