‘Saya perintis bola sepak moden negara’ – TMJ
KUALA LUMPUR: Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan beliau adalah perintis kepada bola sepak moden negara.
Tambahnya, jika bukan dirinya memulakan segala-galanya, semua orang yang memegang bola sepak tidak tahu buat apa-apa.
“Sebelum adanya JDT mengapa semua tiada stadium sendiri bertahun-tahun? Mengapa semua tiada pusat latihan sendiri bertahun-tahun. Adakah semua hanya pandang Piala Malaysia?
“Apabila saya tubuhkan JDT barulah semua terkejar-kejar nak ada stadium sendiri dan pusat latihan. Barulah ada ke Asia bossku mentality.
“Itupun masih ada yang tak nak tukar rumput dan masih nak pakai rumput lembu/cow-grass. Hakikatnya jikalau saya tak mulakan, semua tak buat apa apa atau buat tak tahu.
“Sekarang apa yang saya buat semua ikut. So semua pasukan lawan dan penyokong bola sepak tanah air tidak boleh menafikan iaitu saya adalah perintis/pioneer bola sepak Malaysia.
“Ini bukan masuk bakul angkat sendiri, ini adalah fakta,” tulisnya di Instagram.
Dalam hantaran sama, Tunku Ismail turut menegaskan hanya orang bijak sahaja tahu membezakan pasukan yang berjaya di zaman moden ataupun semi-pro.
“Apabila 11 tahun semua berbelanja berjuta-juta beli pemain import untuk kalahkan JDT.
“Anda semua terlepas pandang investment yang kecil dalam segi komersial, pembangunan bola sepak dan infrastruktur bola sepak yang boleh membantu kelab anda bertahan lama.
“Orang panggil ‘basic foundation’. Kestabilan adalah kunci kejayaan,” katanya lagi.
Sponsored by Egroup88