MUKAH: Seramai 40 ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) dari Rumah Panjang Sunny, Penipah di sini keluar parti untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.491.0_en.html#goog_1084709303

Bekas Ketua Ranting PSB bagi kawasan berkenaan selaku jurucakap, Nanang Balai berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka kecewa dengan parti yang selama ini tidak menunaikan janji dan sering mengelirukan ahli.

“Kami tidak menerima kemajuan, malah bantuan penternakan dan pertanian yang dijanjikan juga tidak ada,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Justeru, katanya dengan memberi sokongan kepada GPS, nasib mereka akan lebih terbela pada masa akan datang.

Menurut Nanang, kira-kira 70 hingga 80 peratus penduduk dari rumah panjang itu yang sebelum ini menyokong PSB telah beralih arah kepada GPS.

Tindakan itu dibuat selepas mendapati parti pembangkang berkenaan gagal menunaikan janji kepada mereka seperti kemudahan infrastruktur, pengukuran tanah hak adat Bumiputera (NCR), bantuan pertanian termasuk perahu untuk nelayan.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.