RTM siar secara langsung aksi hoki Piala Dunia
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. 

KUALA LUMPUR: Aksi Piala Dunia Hoki 2023 akan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1 bermula hari ini, menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau mengesahkan perkara itu menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

“Semua peminat hoki tanah air boleh menonton aksi pasukan Malaysia yang bersaing dalam Kumpulan C, #SpeedyTigers,” katanya.

Skuad Speedy Tigers yang berada di kedudukan ke-11 dunia diundi untuk berada dalam Kumpulan C dalam kejohanan yang berlangsung di Bhubaneswar dan Rourkela, India dari 13 hingga 29 Januari ini.

Skuad hoki lelaki negara yang akan bertemu juara bertahan edisi lalu, Belanda (ranking kedua dunia) esok serta New Zealand (ranking kesembilan) dan Chile (ranking ke-22) meletakkan sasaran melepasi saingan peringkat kumpulan di pentas dunia itu.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.