PRN: BN tanding 108 kerusi, 63 peratus calon muka baharu
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan bertanding 108 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata gabungan parti itu menampilkan sebanyak 63 peratus calon muka baharu, dengan hanya 18 peratus dalam kalangan penyandang.
“Sementara 20 peratus lagi terdiri daripada mereka yang pernah bertanding, tetapi mahu menawarkan diri mereka semula.
“Ia sebagai bukti kesinambungan muka baharu dan lama, kita juga tidak lupakan calon wanita, di mana cukup ramai calon dalam kalangan itu. Begitu juga pemuda dan bekas pemuda dan puteri,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri ke-15, di sini, malam ini.
Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, BN turut menampilkan sebanyak 87 peratus calon yang memiliki kelayakan akademik di peringkat pengajian tinggi.
Sponsored by Egroup88