PRK Pelangai: BN rasmi kekal mandat
BENTONG – Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dengan majoriti 2,949 undi.
Kemenangan itu menjadikan Datuk Amizar Abu Adam berjaya meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Beliau memperoleh 7,324 undi berbanding 4,375 undi diperoleh calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat.
Calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli bagaimanapun hanya memperoleh 47 undi.
Sponsored by Egroup88