Pos Malaysia Catat Rugi RM37 Juta
Pos Malaysia
POS Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan kurier nasional, Pos Malaysia Bhd merekodkan kerugian bersih lebih rendah RM30.37 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2922 berbanding RM46.78 juta setahun lalu.

Pendapatan merosot sebanyak 18.6 peratus kepada RM484.35 juta daripada RM595.28 juta setahun lalu, dipacu terutama oleh jumlah bungkusan lebih kecil berpunca daripada penurunan pembelian dalam talian di tengah-tengah kelonggaran sekatan pergerakan COVID-19 dan perubahan yang dihasilkannya terhadap tabiat pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Charles Brewer, berkata di sebalik landskap operasi mencabar, prestasi suku pertama adalah bukti bahawa transformasi syarikat itu sedang mula memberikan hasil.

“Kami melihat banyak peluang meningkat. Namun, kami turut menyedari cabaran sedia ada berkaitan dengan pasaran yang terus menyumber dalaman, tekanan inflasi ke atas kos dan permintaan serta kurangnya persaingan adil dalam penghantaran akhir bungkusan, yang akan terus membina tekanan terhadap pulangan,” katanya.

Brewer berkata, kumpulan akan terus memacu pelan transformasi, mengukuhkan teras dan membina kepercayaan untuk menghubungkan rakyat dan perniagaan ke arah menghasilkan prestasi lebih baik bagi tahun ini.

SEJARAH perkhidmatan pos di Malaysia bermula seawal tahun 1800 iaitu sejak pemerintahan British. Menyusuri masa, perkhidmatan pos berkembang dan menyaksikan penubuhan serta kebangkitan firma pos negara iaitu Pos Malaysia.

Ini bermakna, sudah lebih 200 tahun industri pos berkembang pesat di negara ini.

Perkhidmatan pos diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu pada awal abad ke-20 dengan penghantaran surat melalui ‘dispatch riders’ serta bayaran dikenakan terhadap surat yang diserahkan di pejabat pos, menggantikan setem.

Kini, Pos Malaysia berkembang dengan kepelbagaian perkhidmatan melalui anak syarikatnya seperti POS Logistics (cabang logistik), POS ACE (kargo udara) (dinamakan semula World Cargo Airlines pada Ogos 2020) serta POS Aviation (pengendalian darat dan kargo; katering inflight; penyelenggaraan pesawat dan perkhidmatan kejuruteraan).

Bertugas ketika negara dilanda pandemik COVID-19 memberikan cabaran tersendiri dan tidak dinafikan adakala timbul rasa bimbang turut dijangkiti penyakit itu yang boleh memberi kesan kepada keluarga.

Demi tugas dan amanah dipikul serta tanggungjawab digalas semua itu ditolak ke tepi.

Bagaimanapun, pengalaman terpaksa memakai pelitup muka serta sarung tangan getah walaupun dalam cuaca panas antara cabaran baharu yang dihadapi posmen ketika melakukan serahan surat dalam tempoh pandemik COVID-19 yang berlarutan sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, bagi Mohammad Azri Bahuddin, 37, yang bertugas di Pusat Serahan Mel Klang Selatan, prosedur operasi standard (SOP) berkenaan adalah tuntutan kerja dan harus dilaksanakan.

“Pada awalnya, saya memang tidak biasa apabila terpaksa memakai pelitup muka setiap masa ketika melakukan serahan tambahan pula kita digalakkan untuk memakai ‘double mask’ untuk lebih perlindungan.

“Keadaan menjadi lebih tidak selesa apabila cuaca panas bagaimanapun, ia adalah sebahagian daripada SOP dan selepas hampir dua tahun, ia adalah perkara biasa bagi saya,” katanya ketika ditemui di Pusat Mel Nasional di Seksyen 21, dekat sini.

Beliau yang sudah 16 tahun bertugas berkata, selepas berlakunya pandemik, penyerahan surat juga turut berubah yang mana surat tidak digalakkan diberikan kepada penerima secara langsung termasuk surat berdaftar.

Katanya, sebelum ini penerima perlu tandatangan bukti mereka menerima surat berdaftar bagaimanapun kini penerima hanya perlu memberi nombor kad pengenalan dan posmen bertugas akan memasukkan ke dalam sistem menerusi telefon.

“Saya bersyukur kerana sepanjang bertugas dalam pandemik, saya tidak berhadapan dengan penerima surat yang positif COVID-19 yang mana rata-rata penduduk di kawasan serahan saya iaitu di Kampung Delek, Klang akan memaklumkan sekiranya ada kes positif atau penduduk sendiri meletakkan ‘signage’ bahawa mereka sedang kuarantin di depan rumah.

“Jika ada surat berdaftar, saya akan hubungi penerima untuk bertanya jika surat berkenaan penting dan perlu diterima dalam kadar segera,” katanya.

Sementara itu, petugas di bahagian servis Pusat Mel Nasional Shah Alam, Ruslizawati Mohammad Razali berkata tugasannya tidak banyak berubah berikutan SOP seperti penjarakan sosial sememangnya diamalkan Pos Malaysia sebelum COVID-19.

“Kami ada kawasan kerja masing-masing jadi penjarakan sosial tidak menjadi masalah. Apa yang lain ketika pandemik adalah kami perlu memakai pelitup muka serta tidak boleh makan dan berbual tanpa penjarakan seperti sebelum ini,” katanya yang berkhidmat di Pos Malaysia sejak 2005 lagi.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.