Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut

SHAH ALAM – Polis masih menyiasat punca kecederaan pada leher yang dialami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin susulan bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada Khamis.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini siasatan masih dijalankan menjurus kepada punca sebenar kematian mangsa.

“Bedah siasat yang dijalankan selama lima jam itu mendapati memang ada kesan cedera pada bahagian leher mangsa, dan beberapa bahagian tubuh lain.

“Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan secara langsung sama ada kesan tersebut berpunca daripada jerutan atau apa-apa yang mengakibatkan kematian mangsa kerana ia masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.