PM Britain pecat Pengerusi Parti Konservatif gagal lunas cukai tidak dibayar

LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak hari ini memecat Pengerusi Parti Konservatif, Nadhim Zahawi kerana melakukan pelanggaran etika serius dalam skandal percukaian.

Sunak berdepan tekanan beberapa hari lalu untuk memecat Zahawi gara-gara tidak melunaskan bil cukai yang tidak dibayar, ketika bertanggungjawab menjaga perbendaharaan negara itu.

Tindakan Perdana Menteri itu selepas siasatan dijalankan terhadap Zahawi mendapati beliau melanggar kod tatakelakuan menteri.

Difahamkan Zahawi gagal mengemukakan butiran pertikaiannya dengan pihak berkuasa percukaian. Sebaliknya beliau rela membayar penalti atas kesalahan itu.

Dalam sepucuk surat kepada Zahawi, Sunak menegaskan beliau terpaksa bertindak sedemikian seiring janjinya untuk memastikan pentadbiran kerajaan sekarang mendokong nilai integriti, profesionalisme dan akauntabliti.

Walaupun Zahawi mengakui culas dalam isu percukaian itu, beliau menegaskan kesalahannya itu kerana cuai dan tidak disengajakan.

Dalam kenyataan balas kepada Sunak, Zahawi berjanji untuk menyokong Perdana Menteri sebagai Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan atau ‘backbencher’ dan tanpa merujuk siasatan terhadapnya.

Zahawi juga dilaporkan menyerang pengamal media yang mula-mula mendedahkan bil cukainya yang besar bernilai hampir 5 juta pound (RM26.2 juta).

Beliau mendakwa beberapa laporan media terhadapnya tidak mencerminkan ‘penelitian yang sah terhadap penjawat awam.

Pada Julai tahun lalu, Zahawi dilantik menerajui Jabatan Perbendaharaan United Kingdom (UK) ketika tempoh terakhir Boris Johnson bergelar Perdana Menteri.

Kemudian, beliau dilantik sebagai Pengerusi Parti Konservatif selepas Sunak dilantik sebagai Perdana Menteri pada Oktober tahun lalu.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.