Piala Suzuki: Belum rezeki Shahrel ledak gol

SINGAPURA: Siapa tidak mahu menjaringkan gol dan mencetak nama selaku penjaring, lebih-lebih lagi apabila menyarung jersi skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Namun rezeki nyata belum memihaknya dan sudah tentu pemain terbabit juga kecewa dan kekecewaan itu bukan sedikit.

Mungkin itulah perasaan yang dirasai penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri ketika ini yang amat kecewa apabila mensia-siakan sekurang-kurangnya tiga peluang untuk mencipta jaringan ketika menentang Laos, Khamis lalu.

Shahrel, 27, yang masuk selaku pemain gantian pada babak kedua memiliki peluang keemasan untuk mencatat gol namun percubaannya gagal menemui jaring lawan.

Kekecewaan itu dikongsikan olehnya di laman sosial apabila ayam tambatan Selangor FC itu memohon maaf kepada seluruh penyokong bola sepak tempatan. “Maaf,” tulisnya bersama emoji sedih dan bendera Malaysia.

Dalam aksi dengan Laos itu, skuad negara mencatat kemenangan besar 4-0 dengan Safawi Rasid meledak hatrik di samping tonggak pertahanan tengah, Shahrul Saad turut menyumbang satu gol.

Lantas, susulan kejayaan Shahrul merobek gawang lawan itu, netizen mula meninggalkan komen-komen nakal mahu Shahrel belajar daripada Shahrul bagaimana untuk menjaringkan gol yang mungkin menambah kesedihan di hati penyerang terbaik Liga Malaysia musim lalu itu.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.