Perancis mahu Eropah rangka strategi keselamatan sendiri

STRASBOURG: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan orang Eropah perlu membina pakatan keselamatan dan persenjataan mereka sendiri, bagi menghadapi pergerakan tentera Russia yang kini berada di ambang benua itu.

“Eropah akhirnya perlu membangunkan rangka kerja keselamatan kolektifnya sendiri, di benua ini.

“Keselamatan di benua kita memerlukan strategik persenjataan semula,” katanya kepada ahli Parlimen di Parlimen Eropah di Strasbourg, timur Perancis.

Beliau menambah rundingan itu dengan Russia perlu dilakukan dengan “terus terang dan keras”.

“Sebagai orang Eropah, kita perlu secara bersama membuat tuntutan kita sendiri dan meletakkan diri kita dalam kedudukan untuk menguatkuasakannya,” tambahnya.

Kesatuan Eropah tidak terbabit dalam perbincangan langsung dengan Moscow dalam minggu diplomasi, minggu lalu dalam usaha meredakan ketegangan yang disebabkan oleh keputusan Russia mengumpulkan puluhan ribu tentera di sempadannya dengan Ukraine.

Pertahanan Eropah kini dijamin oleh pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diketuai Amerika Syarikat, yang kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) menjadi ahlinya.

Macron berkata, rangka kerja keselamatan baharu perlu dikemuka dalam beberapa minggu akan datang, ketika Perancis masih memegang jawatan pengerusi Majlis Eropah.

“Kami perlu mewujudkan ini sesama kita orang Eropah, berkongsi dengan sekutu kita dalam NATO, dan mencadangkannya untuk rundingan dengan Russia,” katanya.

Helikopter Black Hawk dekat Laut Mediterranean Sea, sempadan Israeli dan Gaza, semalam. - Foto hiasan REUTERS
Helikopter Black Hawk dekat Laut Mediterranean Sea, sempadan Israeli dan Gaza, semalam.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.