Penyelidik temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19
Pasukan penyelidik Academia Sinica mengenal pasti dua reseptor penting yang boleh menjadi pelan tindakan merawat pembekuan darah disebabkan COVID-19.

TAIPEI: Pasukan penyelidik Academia Sinica mengenal pasti dua reseptor penting yang boleh menjadi pelan tindakan dalam merawat pembekuan darah yang disebabkan oleh COVID-19, komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan penyakit itu.

Central News Agency (CNA) melaporkan, pasukan itu yang diketuai Hsieh Shie-liang, mengesan mekanisma yang menyebabkan pembentukan ‘neutrophil extracellular traps’ (NET), faktor penyumbang dalam trombosis dalam kalangan pesakit COVID-19.

Dalam kajian ke atas pesakit demam denggi, pasukan Hsieh sebelum ini mendapati platelet menyebabkan pengeluaran vesices ektracelular (EVs) yang meningkatkan pembentukan induced NET menerusi dua reseptor-CLEC5 and TLR2.

Pasukan hipotesis Hsieh mendapati, mekanisma ini turut menyumbang kepada pembekuan darah dalam kalangan pesakit kritikal COVID-19, dengan paras platelet EV yang tinggi.

Menurut CNA, penyelidikan itu yang diterbitkan dalam ediri 11 Julai Journal of Biomedical Science, menyebut pasukan itu membandingkan EV penyumbang sihat dan pesakit COVID-19, dan mendapati tiada pembentukan NET dalam kalangan penyumbang sihat.

Menggunakan tikus sebagai uji kaji, pasukan itu mendapati walaupun virus SARS-CoV-2 membentuk induced NET, kehadiran platelet menyumbang kepada peningkatannya dengan ketara.

Menurut pasukan itu, penemuan itu menunjukkan platelet adalah penggalak kuat pembentukan induced NET SARS-CoV-2.

Pasukan itu berkata, keputusan terbabit adalah konsisten dengan atau tanpa kehadiran platelet, yang membuktikan peranan kritikal yang dimainkan oleh dua reseptor pembentukan induced NET SARS-CoV-2.

Hsieh berkata, sasaran ke atas CLEC5A dan TLR2 boleh menyediakan pelan tindakan yang baik untuk kajian pada masa depan bagi menangani pembekuan darah yang berpunca daripada COVID-19 dan komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan COVID-19.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.