Pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 meriah

BEIJING: Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 bermula malam tadi sebagai kemuncak kepada persediaan yang terganggu susulan COVID-19 dan kritikan terhadap hak asasi manusia di China yang menyebabkan beberapa negara melakukan boikot diplomatik.

Upacara itu bermula selepas Presiden Xi Jinping dan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach memasuki Stadium Sarang Burung yang ikonik dan dihiasi dengan bendera 91 negara yang mengambil bahagian.

Diarahkan oleh Zhang Yimou yang turut sama terbabit pada Sukan Olimpik Musim Panas 2008, upacara pembukaan itu menampilkan 3,000 penghibur di atas pentas dengan skrin lampu diod pemancar cahaya (LED) berdefinisi tinggi berupa permukaan ais.

Artis membuat persembahan pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 di Stadium Nasional Beijing. - Foto EPA.
Artis membuat persembahan pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 di Stadium Nasional Beijing.

Semua penghibur terbabit adalah orang kebanyakan dari Beijing serta dari wilayah Hebei yang mengangkat ‘ Story of a Snowflake’ sebagai tema persembahan.

Tiada penyokong hadir pada upacara terbabit selepas penganjur memutuskan untuk tidak menjual tiket bagi menangani penyebaran COVID-19.

Meskipun upacara pembukaan ini lebih kecil berbanding Sukan Olimpik musim panas namun ia dianjurkan dalam keadaan yang lebih makmur, hebat dan berkeyakinan di bawah pimpinan Xi.

Pemilihan China sebagai tuan rumah temasya mendapat kritikan sehingga negara seperti Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia melakukan boikot diplomatik dengan tidak menghantar wakil kerajaan ke temasya itu.

Artis membuat persembahan pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 di Stadium Nasional Beijing. - Foto EPA.
Artis membuat persembahan pada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 di Stadium Nasional Beijing.

Presiden Russia, Vladimir Putin yang mengetuai delegasi asing tiba hari ini untuk mengadakan mesyuarat bersama Xi sebelum upacara pembukaan terbabit.

Zhang berkata upacara pembukaan itu mengambil kira faktor perubahan latar belakang global termasuk pandemik serta usaha yang disifatkan Zhang sebagai cuba ‘menekan dan memburukkan’ China.

“Dalam situasi global yang baharu dan lebih kompleks, Sukan Olimpik Musim Sejuk akan menunjukkan keyakinan dan kebanggaan rakyat China, cinta rakyat China dan juga kasih sayang rakyat China kepada dunia,” kata Zhang kepada Xinhua.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.