Pembeli bertuah BH bersyukur dapat saksi final Piala Malaysia
KUALA LUMPUR: Pembeli bertuah akhbar Berita Harian (BH) bersyukur apabila mendapat peluang untuk menyaksikan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Shaiful Azli, 22, menjelaskan dia bersama keluarga amat bersemangat untuk ke stadium bagi menyaksikan secara lebih dekat perlawanan penentu kejuaraan itu.
“Perasaan saya amat berbesar hati apabila dapat tiket secara pembelian menerusi akhbar BH. Ia adalah bonus buat kami kerana memang ramai penyokong berebut mahu menyaksikan perlawanan itu.
“Saya memang baca BH untuk mendapatkan info semasa dan terkini. Kalau ada lagi peluang seperti ini, saya cuba sebaik mungkin untuk dapatkan tiket perlawanan,” katanya ketika di temui di Stadium Nasional, Bukit, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Shaiful yang juga penyokong Selangor amat gembira apabila pasukan kesayangannya berjaya melangkah ke final Piala Malaysia.
“Insya-Allah Selangor boleh (menang) kalau pasukan bermain dengan baik. Kehadiran Tan Cheng Hoe (jurulatih Selangor) menyaksikan Selangor mengalami perubahan positif dari segi permainan.
“Namun, kami sebagai penyokong tidak kira Selangor menang atau kalah, kami tak kecewa kerana itu adalah adat permainan,” katanya.
Sponsored by Egroup88