Parti politik termasuk pembangkang boleh sewa dewan orang ramai – Saarani

IPOH: Kerajaan Perak membenarkan semua parti politik termasuk pembangkang untuk menggunakan dewan orang ramai melalui kaedah sewaan, bagi membantu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) menjana pendapatan, di kawasan masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bagaimanapun, pihaknya memberi kebenaran kepada JPKK untuk membuat peraturan tersendiri, bagi kaedah penggunaannya.

“Pengurus bagi dewan orang ramai ialah JPKK, jadi jika ada parti politik ingin menggunakan dewan tersebut, bolehlah bayar kepada JPKK,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pemantapan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Saarani berkata, seramai 817 daripada 828 pengerusi JPKK di kampung tradisional di Perak, telah dilantik.

Beliau berkata, baki 11 orang lagi belum dilantik atas beberapa faktor termasuk faktor usia, serta tidak melepasi tapisan yang dibuat pihak polis.


“Semua calon pengerusi JPKK hendaklah ditapis terlebih dahulu, termasuk faktor usia tidak boleh lebih daripada 65 tahun serta rekod calon ini dihantar kepada polis untuk disemak, sama ada mereka mempunyai kes jenayah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta bukan penerima e-Kasih,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.