Padang SNBJ dapat bertahan ‘Battle of The Reds’

KUALA LUMPUR: Padang Stadium Nasional, Bukit Jalil berada dalam keadaan baik meskipun hujan sebelum aksi pertunjukkan ‘Battle of The Reds’ antara Manchester Reds dan Liverpool Reds, hari ini.

Keadaan itu pasti melegakan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selepas sebelum ini isu padang kerap menjadi bahan kritikan peminat bola sepak tanah air.

Malah, selepas 20 minit perlawanan antara legenda Manchester United dan Liverpool itu, keadaan padang masih berada dalam keadaan baik dan tiada aksi rumput terkopak seperti sebelum ini.

Pengarah Eksekutif Projek ‘Battle of the Reds’, Azman Fahmi Osman sebelum ini memaklumkan PSM sudah melakukan kerja pembaikan bagi memastikan padang dalam keadaan terbaik.

Antara bekas pemain yang beraksi adalah termasuk Dimitar Berbatov, Mikael Silvestre, Wes Brown dan Teddy Sheringham buat Manchester Reds.

Liverpool Reds pula menampilkan penjaga gol, David James, Emile Heskey, Djibril Cisse, Steve McManaman, John Arne Riise dan Luis Garcia.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.