Noraini minta UiTM perjelas isu pensyarah hina B40

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi penjelasan berhubung isu tular satu klip video yang memaparkan seorang pensyarah didakwa menghina pelajarnya yang tidak memiliki komputer riba.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata beliau sudah berhubung dengan pihak pengurusan universiti berkenaan supaya memberikan maklum balas.

“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya sudah berhubung dengan pihak UiTM untuk mereka memberi penjelasan,” katanya menerusi ciapan Twitter, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat tular memaparkan pensyarah wanita memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.

Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut mencadangkan pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas bagi membantunya membeli komputer riba.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.