Messi positif COVID-19

PARIS: Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mengumumkan hari ini bintang mereka, Lionel Messi diuji positif COVID-19 dan kini menjalani pengasingan diri.

Pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu antara empat pemain yang didapati positif wabak itu menjelang aksi Piala Perancis menentang Vannes, awal pagi Selasa ini.

Bintang Argentina itu berdepan permulaan sukar di ibu kota Perancis sejak meninggalkan Barcelona dengan penuh emosi pada musim panas lalu.

Messi setakat ini hanya menjaringkan satu gol dalam 11 penampilan saingan Ligue 1 tetapi meledak lima gol dalam aksi Liga Juara-Juara.

Dia dijangka terlepas aksi Piala Perancis itu selain tersisih untuk aksi pertama Ligue 1 sejak rehat musim sejuk di Lyon, Isnin depan.

Pemain lain yang didapati positif adalah pertahanan Juan Bernat, penjaga gol simpanan, Sergio Rico dan pemain muda yang beraksi di bahagian tengah, Nathan Bitumazala.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.