Mekanik bunuh isteri sebelum Hari Raya
Polis menahan seorang mekanik kerana dipercayai membunuh isterinya.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dibelasah hingga mati oleh suaminya, Ahad lalu.

Mangsa yang tinggal di flat dekat Balai Batu 9, Cheras disepak dan dipukul dengan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd ZaidHassan, berkata kejadian berpunca dari suspek yang marah selepas mengetahui tindakan mangsa yang menghebahkan situasi rumah tangga mereka di media sosial.

Katanya, wanita itu dihantar ke Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Pemeriksaan luaran ke atas mangsa mendapati kematian itu mencurigakan apabila ada kesan lebam di beberapa anggota badan mangsa.

“Polis Ibu Pejabat Daerah Kajang kemudiannya menerima laporan polis daripada pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Kajang, pada jam 9.16 pagi, pada hari sama.

“Bedah siasat terus dijalankan sekitar jam 11 pagi, hari berkenaan dan mendapati punca kematian ialah kecederaan abdomen disebabkan hentakan kuat dengan menggunakan senjata tumpul,” katanya , di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, kejadian berlaku sehari sebelum Hari Raya di sebuah rumah flat di kawasan pentadbiran Balai Batu 9, Cheras dan mangsa dipercayai dipukul dengan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian.

“Motif pembunuhan ialah suspek marah dengan mangsa disebabkan mangsa memuat naik di media sosial suspek mempunyai hubungan sulit.

“Siasatan juga menemukan bukti dan keterangan jelas mengaitkan suspek terbabit dalam kes itu,” katanya.

Mohd Zaid berkata, polis sudah menahan suami kepada mangsa iaitu seorang lelaki tempatan, berumur 38 tahun dan bekerja sebagai mekanik kereta untuk siasatan lanjut.

“Kes sudah dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan suspek akan dituduh Isnin ini, di Mahkamah Majisret Kajang,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.