Marcos Jr mendahului perlumbaan pemilihan presiden Filipina
MANILA: Anak lelaki mendiang diktator Filipina, Ferdinand Marcos, mengukuhkan kedudukan berbanding pesaingnya menjelang pilihan raya presiden pada Mei, hasil tinjauan yang dikeluarkan hari ini.
Ferdinand Marcos Jr mendahului 44 mata berbanding Naib Presiden Filipina, Leni Robredo, pada Jan lalu.
Sebanyak 2,400 responden diminta membuat pilihan pertama mereka untuk presiden dan naib presiden jika pilihan raya diadakan, dengan 60 peratus menyatakan keutamaan kepada Marcos, manakala 16 peratus memilih Robredo.
Bintang tinju antarabangsa, Manny Pacquiao dan Datuk Bandar Manila, Francisco Domagoso, ketinggalan dengan lapan peratus manakala Senator Panfilo Lacson sebanyak empat peratus.
Naib presiden pilihan Marcos, Sara Duterte-Carpio, kekal sebagai pilihan utama naib presiden, mendahului 21 mata berbanding pesaing terdekatnya, Presiden Senat, Vicente Sotto.
Tinjauan Pulse Asia terbaru dilakukan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina minggu lalu menolak beberapa aduan bertujuan melucutkan kelayakan Marcos, sekali gus menghapuskan halangan besar baginya dalam pertandingan 9 Mei.
Semua petisyen aduan berikrar untuk mencabar keputusan itu dan boleh merayu kepada Mahkamah Agung.
Bagaimanapun, badan pilihan raya itu juga menolak aduan memohon pembatalan sijil pencalonan Marcos.
Sponsored by Egroup88