Mangsa banjir di pusat pemindahan terus berkurang

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan terus menunjukkan perkembangan baik apabila mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.

Di Terengganu, sehingga jam 12 tengah hari mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,952 mangsa daripada 563 keluarga berbanding 2,846 mangsa daripada 808 keluarga jam 8 pagi tadi

Ketika ini, hanya satu daerah masih terjejas banjir iaitu Hulu Terengganu dengan 11 PPS masih beroperasi.

Sementara itu di Kelantan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 4,398 mangsa membabitkan 1,408 keluarga berbanding 4,715 orang daripada 1,506 keluarga pagi tadi.

Hanya dua daerah masih terjejas banjir iaitu Pasir Mas dan Tumpat dengan 12 PPS masih beroperasi.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.