Malaysia diundi jumpa Korea Selatan aksi separuh akhir
SHAH ALAM: Malaysia dan Indonesia diramal membuat perhitungan pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di sini, selepas masing-masing dilihat berpeluang cerah untuk mengatasi lawan masing-masing dalam saingan separuh akhir, petang esok.
Dalam undian separuh akhir di sini, sebentar tadi, Malaysia yang muncul juara Kumpulan B saingan lelaki diundi bertemu Korea Selatan manakala Indonesia berdepan Singapura.
Jika pertemuan dua musuh tradisi itu menjadi kenyataan, ia akan mengulangi pertembungan kedua-dua pasukan di final edisi 2020 di Filipina yang menyaksikan Indonesia muncul juara selepas menewaskan Malaysia 3-1.
Sementara itu, saingan wanita menyaksikan skuad negara yang muncul juara Kumpulan Y turut diundi bertemu Korea Selatan manakala Indonesia yang mengungguli Kumpulan Z berdepan Jepun.
Jadual aksi Sabtu:
Wanita –
Malaysia mln Korea Selatan, 10 pagi
Indonesia mln Jepun, 10 pagi
Lelaki –
Malaysia mln Korea Selatan, 4 petang
Indonesia mln Singapura, 4 petang
Sponsored by Egroup88