Malaysia dahului Thailand 1-0 separuh masa
Pemain negara, Faisal Halim (tiga kiri) meraikan jaringannya minit ke-11 bersama rakan sepasukan pada babak pertama aksi separuh akhir pertama saingan Piala AFF 2022 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mendahului Thailand 1-0 selepas berakhir babak pertama bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Skuad Harimau Malaya tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila penyerang lincah, Faisal Halim menyudahkan umpanan V Ruventhiran pada minit ke-11.

Thailand yang juga juara bertahan, cuba bangkit mendapatkan jaringan penyamaan, bagaimanapun beberapa gerakan yang diatur mereka berjaya dipatahkan barisan pertahanan skuad Harimau Malaya diketuai Brendan Gan.

Skuad bimbingan Kim Pan Gon yang dilihat lebih banyak mengharapkan serangan balas mendapat peluang terbaik untuk menambah jaringan pada minit ke-28, tetapi percubaan Quentin Cheng pula sedikit melepasi palang gol.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan pengadil

Separuh masa kedua disambung sebentar lagi.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.