Mahkamah Pakistan tangguh perbicaraan Imran Khan

ISLAMABAD: Mahkamah Tinggi Pakistan hari ini menangguhkan sementara perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Imran Khan atas tuduhan menjual hadiah negara secara haram.

Memetik laporan berita Geo TV, penangguhan itu dibuat selepas mahkamah tinggi meminta mahkamah rendah melihat sama ada aduan undang-undang yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negara itu terhadap Imran adalah prosiding jenayah.

Pasukan undang-undang yang mewakili bekas perdana menteri Pakistan itu sebelum ini mencabar aduan suruhanjaya berkenaan.

Jurucakap Imran, Farrukh Habib, memuji keputusan mahkamah tinggi itu.

Perbicaraan itu yang ketika ini di peringkat akhir berkait siasatan dijalankan SPR, mendapati Imran bersalah menjual hadiah negara secara tidak sah ketika menjadi perdana menteri dari 2018 hingga 2022.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.