Liverpool mara tanpa Salah, Mane

LONDON: Liverpool meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA apabila tidak berdepan kesukaran menewaskan pasukan kerdil, Cardiff City 3-1 di Anfield, sebentar tadi.

Turun tanpa dua bintang mereka, Mohamed Salah dan Sadio Mane yang akan bertembung pada final Piala Negara-Negara Afrika awal pagi esok, The Reds jelas tidak berdepan masalah untuk mengatasi pasukan dari Liga Kejuaraan itu dan menempah pertemuan dengan Norwich City di pusingan kelima.

Skuad kendalian Jurgen Klopp bagaimanapun terpaksa menunggu hingga minit ke-53 untuk membuka tirai jaringan menerusi Diogo Jota yang menanduk masuk bola sepakan percuma Trent Alexander-Arnold.

Bintang baharu Liverpool, Luis Diaz hanya memerlukan 10 minit pada penampilan pertamanya selepas dimasukkan pada minit ke-58 untuk memberi impak buat The Reds apabila membantu Takumi Minamino meledak gol pada minit ke-68.

Lapan minit kemudian, kedudukan itu berubah lagi apabila giliran pemain muda, Harvey Elliott yang turut dimasukkan pada minit ke-58 pula memberi hasil positif apabila dia menyumbang gol ketiga Liverpool.

ardiff berjaya membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-80 menerusi Rubin Colwill, namun tidak cukup untuk menyekat Liverpool yang juga pemenang tujuh kali Piala FA untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.