Liverpool jumpa Sparta Prague kelompok 16 terakhir Liga Europa

NYON, Switzerland: Juara tiga kali, Liverpool akan berdepan Sparta Prague pada kelompok 16 terakhir Liga Europa selepas undian hari ini manakala pasukan masih belum kalah dalam Bundesliga, Bayer Leverkusen akan menentang Azeris Qarabag.

Skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool akan menjadi pilihan utama untuk mara ke suku akhir ketika mereka menyasarkan empat kejuaraan pada musim terakhir pengendali dari Jerman itu sebelum meletak jawatan.

Perlawanan pertama akan berlangsung di ibu kota Republik Czech pada 7 Mac manakala Anfield menjadi tuan rumah pada aksi kedua seminggu kemudian.

Leverkusen, yang diketuai Xabi Alonso, kini mendahului liga tanpa kalah dalam 32 aksi membabitkan semua kejohanan musim ini dan mereka sekali lagi berdepan Qarabag, selepas mengetepikan juara Azerbaijan itu dua kali pada aksi kumpulan.

Dua lawan yang akan kembali bersaing ialah juara Liga Conference Europa tahun lalu, West Ham dan Freiburg, selepas skuad David Moyes menang dua kali berdepan kelab Bundesliga itu dalam aksi Kumpulan A.

“Ia seperti sesuatu yang bodoh apabila anda boleh kembali menentang lawan yang sama dalam kumpulan pada pusingan 16 terakhir,” kata kapten Freiburg, Christian Guenter.

“Anda boleh katakan bahawa sebahagian daripada kami memang kecewa.”

Keputusan undian 16 pasukan terakhir

Sparta Prague (CZE) mln Liverpool (ENG)

Marseille (FRA) mln Villarreal (ESP)

Roma (ITA) mln Brighton (ENG)

Benfica (POR) mln Rangers (SCO)

Freiburg (GER) mln West Ham (ENG)

Sporting Lisbon (POR) mln Atalanta (ITA)

AC Milan (ITA) mln Slavia Prague (CZE)

Qarabag (AZE) mln Bayer Leverkusen (GER)

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.