Lelaki maut lori kontena rempuh pembahagi jalan jejambat
KLANG: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas lori kontena dinaiki terbabas di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dekat susur keluar Tol Pulau Indah, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 10.51 pagi.
Susulan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah bergegas ke lokasi kejadian.
“Kemalangan membabitkan sebuah lori kontena terbabas melanggar pembahagi jalan manakala bahagian kontena belakang terjatuh ke bawah jejambat.
“Seorang mangsa lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi cedera selepas tercampak ke bawah jejambat.
“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sponsored by Egroup88