Lebih 1,000 mangsa banjir di Jeli

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,186 orang malam ini, berbanding 836 orang petang tadi.

Semua mangsa daripada 350 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah, iaitu Jeli dan Kuala Krai.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 9 malam, Jeli merekodkan seramai 1,016 mangsa membabitkan sembilan PPS.

PPS berkenaan ialah Dewan Orang Eamai KESEDAR Sungai Satan (291 orang) Dewan KESEDAR Bukit Lakota (186 orang), Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 1 (127 orang), SK Legeh (123 orang), Masjid Gemang (111 orang), SK Lubok Bongor (90 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas (53 orang), SK Kuala Balah (28 orang) dan SK Bukit Jering (7 orang).

Kuala Krai pula merekodkan 170 mangsa di lima PPS.

PPS berkenaan ialah Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A (81 orang), Madrasah Chuchuh Puteri A (41 orang), Masjid Chuchuh Puteri A (27 orang), Pejabat Veterinar (16 orang) dan Dewan Sri Guchil (5 orang).

Banjir di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai, hari ini. - Gambar MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Banjir di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai, hari ini. – Gambar MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.