Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra fasa satu siap tahun ini

KOTA BHARU – Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu yang tertangguh selama setahun sebelum ini dijangka siap bulan depan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, antara faktor yang menyebabkan projek berkenaan mengalami kelewatan termasuk disebabkan pandemik Covid-19.

“Walaupun berlaku kelewatan atas beberapa faktor, namun akhirnya berjaya disiapkan,” katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Forum Profesional Anak Kelantan 2024 di sini pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi memberitahu, terdapat beberapa projek berimpak tinggi lain yang dijangka siap tahun ini.

Ujarnya, antara projek itu ialah Hospital Bachok, Sekolah Gantian Penuh Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli masing-masing pada Mei dan Wisma Guna Sama Tunjong pada Disember.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM2.81 bilion di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi negeri Kelantan.

Nik Nazmi berkata, jumlah itu meliputi perlaksanaan 92 projek baharu yang diluluskan pada tahun ini.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.