KPK, MARGMA bincang langkah tangani isu industri sarung tangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sudah berbincang dengan Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) mengenai beberapa cadangan dan langkah-langkah perlu untuk menangani isu-isu penting agar industri boleh berdepan dengan cabaran global.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Industri sarung tangan getah Malaysia kini beroperasi dalam persekitaran eksport yang agak mencabar kerana syarikat tempatan menghadapi persaingan sengit terutamanya dari negara yang mempunyai akses kepada tenaga murah daripada arang batu seperti China.

Terdahulu hari ini, beliau menerima kunjungan hormat daripada MARGMA bagi membincangkan permasalahan industri sarung tangan getah Malaysia.

“Turut hadir Presiden MARGMA, Oon Kim Hung serta ahli jawatankuasa persatuan,” katanya menerusi hantaran di laman sosial X beliau, hari ini.

MARGMA yang ditubuhkan pada 28 Jun 1989, ialah persatuan industri bukan keuntungan yang ahlinya terdiri daripada pengeluar sarung tangan getah Malaysia dan pembekal berkaitan serta organisasi sokongan.

Sejak penubuhannya, persatuan itu telah menjadi suara rasmi dan penyokong kepada industri sarung tangan getah di Malaysia.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.