Korea Selatan akhiri penantian 12 tahun juara Piala Uber
Aksi Pemain Badminton Korea Selatan Sim Yu Jin membalas hantaran lawannya dari China Wang Zhi Yi pada perlawanan Akhir Kejohanan Piala Uber di Stadium Impact Arena Bangkok, pada Sabtu.

KOREA Selatan akhirnya berjaya menamatkan penantian 12 tahun mereka selepas berjaya mengalahkan juara bertahan China 3-2, seterusnya dinobatkan sebagai juara Piala Uber 2022 di Impact Arena, di sini, pada Sabtu.

Pemain nombor 46 dunia Sim Yu Jin, melakukan kejutan pada perlawanan terakhir dengan menunjukkan permainan menakjubkan mengalahkan pemain nombor 15 dunia Wang Zhi Yi, bagi memastikan kemenangan kali kedua negara itu, selepas melakukannya buat kali pertama pada edisi 2010 di Kuala Lumpur.

Juara Olimpik Tokyo 2020 Chen Yu Fei memberikan mata pertama untuk China, selepas kembali daripada kekalahan set pertama untuk menang dua lagi set dan mengalahkan pemain nombor empat dunia An Se Young, 17-21, 21-15 dan 22-20 dalam masa 91 minit.

Pada perlawanan kedua yang cukup menarik, pasangan nombor dua dunia Lee So Hee-Shin Seung Chan yang kalah set pertama 12-21, kembali untuk menang dua set berikutnya 21-18, 21-18 ke atas pasangan nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, bagi menyamakan kedudukan untuk Korea.

China kembali di hadapan selepas pemenang pingat emas Olimpik Remaja 2014 He Bing Jiao, mengalahkan Kim Ga Eun 21-14, 21-13 dalam masa 43 minit.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.