Kes COVID-19 Singapura meningkat

SINGAPURA: Sejumlah 756 penduduk republik ini kini dirawat di hospital bagi jangkitan COVID-19 hingga kelmarin termasuk 66 memerlukan sokongan oksigen dan 12 dalam unit jagaan rapi (ICU).

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, walaupun mangsa yang dirawat di hospital kelmarin rendah sedikit berbanding 759 pada hari sebelumnya, dua orang lagi memerlukan sokongan oksigen dan dua lagi dimasukkan ke ICU.

Sebanyak tiga kematian COVID-19 dilaporkan kelmarin, ketika Singapura melaporkan 6,120 kes coronavirus baru dalam masyarakat kelmarin, naik daripada 4,241 kes sehari sebelumnya.

Sekitar 71 peratus daripada mereka atau 4,352 pesakit dikesan melalui ujian pantas antigen (ART), menunjukkan mereka tidak mempunyai simptom atau hanya simptom ringan dan baki 1,768 dikesan melalui ujian tindak balas rantai polymerase (PCR).

Lagi 144 kes dikesan dalam kalangan pengunjung yang memasuki Singapura.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dikesan di Singapura sejak kes pertama pada Januari 2020 kini berjumlah 359,075 jangkitan dengan 858 kematian.

Sekitar 92 peratus daripada penduduk Singapura yang layak sudah menerima dua dos vaksin dan 58 peratus daripada penduduk sudah menerima suntikan penggalak. 

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.