Keith Foo bertuah dapat rai pelbagai perayaan bersama keluarga
MEMBESAR dalam keluarga berdarah campuran Cina dan India, pelakon lelaki popular, Keith Foo menyifatkan dirinya bertuah apabila dapat menyambut Tahun Baharu Cina dengan keunikan tersendiri dan harmoni.
Keith, 41, berkata, setiap tahun dia dan adik-beradik akan berkumpul di kampung halamannya di Gemas, bagi meraikan perayaan itu bersama bapa Foo Kia Suan, 79, dan ibunya Anita Foo, 70.
Selebriti itu berkata berkata antara juadah ‘makan besar’ istimewa hari ini ialah ayam kukus, sayur campur, sambal udang petai dan pelbagai lagi.
“Tahun Baharu Cina adalah satu tradisi. Kami beragama Kristian dan turut menyambut Krismas, selain itu kami sekeluarga turut meraikan perayaan Deepavali kerana ibu saya berbangsa India.
Aidilfitiri juga diraikan kerana kakak dan abang saya yang mualaf. Saya fikir ia adalah kehidupan yang harmoni dalam kalangan kami dan kami membesar dengan diberikan kebebasan (mengamalkan) kepercayaan masing-masing. Paling penting bagi saya adalah hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, usia perkahwinan ibu bapanya yang melangkaui lebih 30 tahun adalah contoh terbaik yang perlu dicontohi terutamanya dalam penerapan nilai seperti tolak ansur, kepercayaan serta saling hormat- menghormati antara satu sama lain.
Keith berkata, antara kelebihan lahir dalam keluarga campuran adalah dia dapat menguasai Bahasa Tamil, Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.
Sponsored by Egroup88