Kegunaan katil ICU 2 negeri melebihi 50 peratus

PUTRAJAYA: Dua negeri menunjukkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata negeri berkenaan ialah Johor yang kini sudah menggunakan 63 peratus daripada 46 katil wad ICU yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19.

“Selain itu di Kuala Lumpur, bilangan katil di wad ICU ada 22 katil dan peratusan pengisiannya kini sudah mencapai 50 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, selain itu terdapat lapan negeri yang sudah melebihi 50 peratus pengisian katil bagi wad bukan ICU.

“Negeri berkenaan ialah Selangor (100 peratus), Kelantan (84 peratus), Perak (87 peratus), Perlis (80 peratus), Sabah (82 peratus), Putrajaya (86 peratus), Johor (86 peratus) dan Kuala Lumpur (84 peratus).

“Bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) beberapa negeri menunjukkan pengisian melebihi 50 peratus.

“Negeri berkenaan membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Johor, Kedah dan Perak,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, bagi pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga kini terdapat 4.05 peratus penggunaan alatan berkenaan.

“Jika termasuk kes bukan COVID-19, penggunaannya adalah 37 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,867 alat bantuan pernafasan di negara ini,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.