Kajian skim saraan penjawat awam pada peringkat akhir – Anwar

SUBANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah berada di peringkat akhir bagi meningkatkan kadar upah penjawat awam di negara ini.

Perdana Menteri berkata SSPA baharu itu akan cuba diumumkan sebelum akhir tahun ini selepas 10 tahun gaji penjawat awam tidak dinaikkan sebelum ini.

Melalui SSPA itu, kerajaan juga akan mengkaji bagi memberi kelonggaran kepada wanita yang ingin menjaga keluarga namun masih boleh menyumbang kepada negara dengan menyediakan kadar upah berdasarkan tempoh kerja lebih pendek.

“Kita sedang mengkaji dan saya akan bincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz supaya memberi ruang dan kelonggaran (bagi wanita).

“Malaysia akan menjadi negara pertama yang memberi pengiktirafan seumpama itu kepada wanita untuk terus bekerja selain menjaga rumah tangga jika ia direalisasikan,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, malam tadi.

Hadir sama adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.