Ismail Sabri hadir mesyuarat MKT UMNO
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, malam ini. 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, malam ini.

Ismail Sabri tiba kira-kira jam 8.40 malam sebelum mesyuarat dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu dimulakan pada jam 8.50 malam.

Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selain ahli MKT lain.

Terdahulu, berucap di hadapan 2,000 ahli parti itu pada majlis Taklimat Khas Presiden UMNO petang tadi, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat malam ini akan membincangkan desakan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Beliau berkata, seluruh ahli MKT sendiri melihat bagaimana ahli akar umbi mahukan perkara itu direalisasikan.

“Malam ini, ada mesyuarat MKT. Kami akan bawa mandat hari ini dalam mesyuarat MKT,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.